Prince iL NEVER LOVES Princess hD forever and ever ..

Wednesday, 21 December 2011

Cerah hanya seketika..

Tiada apa sangat nak luah kat sini. Hanya terkilan dan sedih dengan situasi yg melanda jiwa kebelakangan ini.. Kejap sahaja nampak matahari, baru nak gembira, dah matahari nak lari, hujan datang beserta petir berdentum-dentum..Masa matahari datang menceriakan aku itu, aku rasa bahagia sangat.. Hanya tuhan je yg tahu bertapa bahagianya aku 2 hari lepas.. Matahari seakan mengerti bagaimana aku dambakan kehangatannya setelah sedikit lama sentiasa berhujan dan mendung..Tapi......

Aku hairan kenapa matahari harus memberikan cahayanya dalam keadaan yg dilindungi awan..Masih mahu menyorok disebalik awan tapi tidak rela memberikan terus cahayanya yang panas cukup untuk menjauhkan aku dari kesejukan seorang diri..Mungkin matahari masih belum bersedia..Masih belum besedia berpisah dengan awan, lantas memilih memberikan cahanya samar-samar buat aku yg begitu dambakanya..

Bila keadaan jadi begitu, aku mula ditemani hujan dan petir kembali..Sejuk dan dingin sangat apabila keseorangan.. Matahari sedarkah betapa aku memerlukannya.. Aku rasa matahari tak pernah sedar atau mungkin kalau dia sedar sekali pun, aku rasa dia memilih untuk tidak memberi kehangatan yang jitu kepadaku.. Awan lebih berusaha melindungi kudrat matahari untuk menyinari aku.. Lantas pokok hadir bertanya sama ada aku mahu berteduh di bawahnya..Walaupun pokok itu nyaman dan redup, aku teringin sangat matahari kerana aku sudah biasa disinari matahari..Aku rasa lebih selesa dan hangat dengan sinaran yg matahari berikan itu tapi bukan teduh yg menyamankan dari pokok..Maafkan aku pokok..

Tapi setelah aku hampir putus asa melihat matahari makin lama makin enggan menyinari aku, ditambah pula awan yg makin lama makin menebal menghalang matahari memberi sinarannya kepadaku, semangatku kembali runtuh..Aku terduduk, sepi, sejuk dan hujan renyai semakin rajin mendampingi aku.. Masa tulah aku terpandang pokok. Betapa seriusnya pokok memerhatikan aku cuba memberitahu aku yang ia mampu menyamankan aku walaupun tidak sehangat matahari.. Aku hanya terdiam bisu kerana aku tau pokok itu memang menyamankan tapi aku tak tahu kenapa matahari lebih aku dambakan.. Walaupun panas, matahari lebih mampu memberikan aku semangat dan aku amat memerlukan semangat itu..Sebab itulah aku lebih memerlukan matahari..

Namun, keadaan sejuk yg melampau-lampau, tempias air hujan yg kedinginan jatuh mencurah-curah membuatkan aku sedar, betapa matahari tidak mahu menghangatkan aku lagi seperti dulu.. Dulu matahari cakap, dia sanggup lakukan apa sahaja demi aku..Aku sungguh terharu.. Tapi sekarang mungkin semuanya hanya kata-kata yg hanya lahir di bibir tapi bukan di hati matahari.

Pokok...mungkinkah aku harus belajar mengharapkan mu?........

To be continued...

(luahan hati seorang yg sepi- hD 21/12/2011-Rabu di kala hujan menemani pagi)

Wednesday, 14 December 2011

15/12/2011

Condition: really bad menangis teresak-esak.. Rindu sgt tak boleh buat apa-apa sampai keje tak sentuh langsung.. Bertapa teruknya bila rasa diabaikan dan bersendirian tapi nak buat camane.. Dia dah pilih jalan tu, aku kena redha dan pasrah. Mungkin itu yg terbaik bagi diri dia tapi bagi aku entahlah (T_T).. sigh..

Memory: Bila tunggu je detik 15/12/2011 ni tiba, aku start mengimbas dan terkenang. Aku pernah janji 7 bulan yg lepas iaitu akan jumpa dia pada tarikh ini.. Tapi semuanya dah musnah skarang. Yang ada hanya memori yg aku akan kenang sampai bila2. Kalau aku punya kesempatan dan kalau dia masih ingat kembali janji dulu mungkin saat 15/12/2011 ni dah jadi tarikh pertama untuk pertemuan kami ;( sedihhhh

Hati : Mahu pergi tapi tak pernah berjaya melangkah pergi.. Setiap kali ajak hati pergi, hati sgt berat melangkah.. Walaupun aku heret susah payah diri ni dan pujuk supaya pergi tapi kenapa setiap kali bebanannya hatinya bertambah.. Tak berjaya dan akhirnya aku terpaksa pusing belakang dan kutip kembali hati aku tapi masih tak berjaya pergi sebab hati aku terlampau berat untuk diangkat meninggalkan kenangan.

Kisah: Tarikh 15/4/2011 bermula kisah abadi dan tarikh 15/12/2011 patut menjadi saksi seterusnya tapi mungkin akan bertukar jadi sebaliknya ;( sedih lagi. Dia dah tak mahukan aku lagi..(Di anggap mengarut pulak tu.) Mungkin sebelum ni hasrat menjadikan 15/12/2011 satu pertemuan akhirnya menjadi angan2 yg tak akn mungkin aku lupakan sampai bila2.

Cinta: I will never forget you forever n ever.. I don't know the reason for knowing you but I totally feel grateful to be given the little opportunity to fall in love with you, to be with u even for a while and to feel totally hurt and lost once u walked away ;( Semoga apa yg berlaku ada hikmahnya dan semoga aku pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya..

P/s : Sampaikan salam syg rindu aku padanya kerana aku sudah tidak sanggup kehilanganya dan melupakanya. (T_T)

Tuesday, 13 December 2011

Rindu

Princess hD sedang merindui seseorang. Rindu setengah mati..Tapi persoalannya rindukah seseorang itu pada princess hD.. Kesian kan princess hD..Takpelah memang rindu itu harus di alami sorang2. Kalau tak alami sorang2 tidaklah dinamakan rindu bukan.. Jadi senyum dan redha ;)

Our Timeline

Daisypath Friendship tickers