Thursday, 5 January 2012
Tuesday, 3 January 2012
In the world of emoticons, I am a semicolon with capital "d"

Sesungguhnya aku rasa lebih tenang dan damai bila mengganggap matahari tiada kerana sudah tiba masanya untuk hujan. Alhamdulillah bila aku piker macam tu, aku semakin dapat menerima hakikat lumrah kehidupan ini dan mengganggap semuanya yg baik itu daripada Allah swt dan yg buruk itu datangnya daripada kelemahan aku sendri.
Semoga matahari baik2 sahaja kat sana sebab nampaknya matahari macam dah tak cengkung skank..dah ada penambahan cahaya ;) tapi mata matahari agak ber-eyebag. Maybe matahari tak cukup tidur memikirkan sesuatu and I hope perkara tu tak membuatkan matahari sedih dan menderita kerana aku nak lihat tengok matahri bahagia..senyum ye wahai matahri. I'll always be beside you no matter what and how.
P/s: tccic
ikhlas daripada hD yg selalu sangat merindui matahari ;)
Wednesday, 28 December 2011
memandang kelemahan diri sendiri
Alhamdulillah. masih bernafas aku di muka bumi ini.. Terjaga di pagi hari mengingati betapa banyak dosa aku smalam. Aku sedar aku semakin lalai. Lalai menjaga tanggungjawab aku sebagai seorang yg beragama Islam. Tekad di hati ingin berubah tapi masih terdapat nafsu yg mengatakan "jap".. Aku kena kuatkan diri, tanamkan azam, ye aku akan berubah demi mendapat keredhaan yg hakiki daripada Allah s.w.t.
Aku perasan sekarang aku banyak menyukai sesuatu yg melalaikan. Aku kena kurangkan dah mulai skrang. Buat sesuatu yg berfaedah, agar aku tidak leka dengan kehendak duniawi. Aku dah sedikit sebanyak mula sedar yg tujuan aku dijauhkan daripada kehendak aku dan permintaan, adalah mungkin Allah mahu selamatkan aku dari perkara bukan-bukan yg bukan sahaja membahayakn diri aku malah mungkin membuat aku derita seumur hidup. Alhamdulillah semua yg terbaik telah direncanakan oleh Allah. Aku harus tabah menunggunya kerana aku tahu yg terbaik menanti aku di hadapan ;)
Hari ini aku tekad, taknak bermalas-malsan.. Semua perkara yg tak patut aku tahu dan dah aku tahu, aku anggap pengajaran terbesar yg Allah ingin aku tahu agar dibuat iktibar. Aku tidak mahu menghukum kerana aku tahu tak semua manusia sempurna. Kemungkinan suatu hari nant aku akan jadi seperti mereka amatlah besar. Jadi aku hanya mampu mengetahui semua itu dan tekad untuk menjaga diri sendiri daripada terjerumus sama. InsyaAllah. Semoga Allah melindungi aku.
Esok masih tidak pasti keadaannya. Yang mampu aku buat sekarang adalah berusaha bersungguh-sungguh buat yg terbaik untuk hari ini..
Ikhlas yg mengharapkan keredhaanMu (hD_28/12/2011)

Wednesday, 21 December 2011
Cerah hanya seketika..
Tiada apa sangat nak luah kat sini. Hanya terkilan dan sedih dengan situasi yg melanda jiwa kebelakangan ini.. Kejap sahaja nampak matahari, baru nak gembira, dah matahari nak lari, hujan datang beserta petir berdentum-dentum..Masa matahari datang menceriakan aku itu, aku rasa bahagia sangat.. Hanya tuhan je yg tahu bertapa bahagianya aku 2 hari lepas.. Matahari seakan mengerti bagaimana aku dambakan kehangatannya setelah sedikit lama sentiasa berhujan dan mendung..Tapi......
Aku hairan kenapa matahari harus memberikan cahayanya dalam keadaan yg dilindungi awan..Masih mahu menyorok disebalik awan tapi tidak rela memberikan terus cahayanya yang panas cukup untuk menjauhkan aku dari kesejukan seorang diri..Mungkin matahari masih belum bersedia..Masih belum besedia berpisah dengan awan, lantas memilih memberikan cahanya samar-samar buat aku yg begitu dambakanya..
Bila keadaan jadi begitu, aku mula ditemani hujan dan petir kembali..Sejuk dan dingin sangat apabila keseorangan.. Matahari sedarkah betapa aku memerlukannya.. Aku rasa matahari tak pernah sedar atau mungkin kalau dia sedar sekali pun, aku rasa dia memilih untuk tidak memberi kehangatan yang jitu kepadaku.. Awan lebih berusaha melindungi kudrat matahari untuk menyinari aku.. Lantas pokok hadir bertanya sama ada aku mahu berteduh di bawahnya..Walaupun pokok itu nyaman dan redup, aku teringin sangat matahari kerana aku sudah biasa disinari matahari..Aku rasa lebih selesa dan hangat dengan sinaran yg matahari berikan itu tapi bukan teduh yg menyamankan dari pokok..Maafkan aku pokok..
Tapi setelah aku hampir putus asa melihat matahari makin lama makin enggan menyinari aku, ditambah pula awan yg makin lama makin menebal menghalang matahari memberi sinarannya kepadaku, semangatku kembali runtuh..Aku terduduk, sepi, sejuk dan hujan renyai semakin rajin mendampingi aku.. Masa tulah aku terpandang pokok. Betapa seriusnya pokok memerhatikan aku cuba memberitahu aku yang ia mampu menyamankan aku walaupun tidak sehangat matahari.. Aku hanya terdiam bisu kerana aku tau pokok itu memang menyamankan tapi aku tak tahu kenapa matahari lebih aku dambakan.. Walaupun panas, matahari lebih mampu memberikan aku semangat dan aku amat memerlukan semangat itu..Sebab itulah aku lebih memerlukan matahari..
Namun, keadaan sejuk yg melampau-lampau, tempias air hujan yg kedinginan jatuh mencurah-curah membuatkan aku sedar, betapa matahari tidak mahu menghangatkan aku lagi seperti dulu.. Dulu matahari cakap, dia sanggup lakukan apa sahaja demi aku..Aku sungguh terharu.. Tapi sekarang mungkin semuanya hanya kata-kata yg hanya lahir di bibir tapi bukan di hati matahari.
Pokok...mungkinkah aku harus belajar mengharapkan mu?........
To be continued...
(luahan hati seorang yg sepi- hD 21/12/2011-Rabu di kala hujan menemani pagi)

Subscribe to:
Posts (Atom)