Prince iL NEVER LOVES Princess hD forever and ever ..

Monday 29 August 2011

Salam Aidilfitri 1432- to my dearie sweetheart iL

¸.•°*”˜˜”*°•. ✿¸.•••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •••.¸✿
* _Π_____* ˚ ˚˚ ˛★* 。 ˛° 。* °♥ ˚ .ღ 
✫ ✫
 /______/~\
|田田|門| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚。* ˛˚ 。˚* ˚ ★ ˚ 。 •* ˚♥ 

  • ★ *˚   SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN ˚ * ★


hD 43 iL (⁀‵⁀) .
                   `⋎´..
Di kesempatan ini bb nak memohon seribu kemaafan daripada b. Bb tau bb dah banyak terlanjur kata dan terkasar bahasa dekat b. Semoga  tidak di simpan di dalam hati dan semoga b sudi maafkan bb yg serba kekurangan ni. Akhir kata daripada bb:

"sambutlah aidilfitri ini dengan penuh keriangan ye b.. bb doakan b bahgia di hari yg mulia ni..take care b"
I love you so much 

Tuesday 23 August 2011

How did we meet with each other? Buku II

Buku II ( sambungan buku  I )  

Then,tak sampai  a few minutes dia approved! …  

Yess! Dia ngah online la. Patut la laju je dia approve aku.. Then aku tgk kt ym tu ada nickname dia “ HD “ ( dlm hati aku ) “ Errh.. Nk tgur ke tak eh? Kang tak tgur mest dia ckp, mamat ni just add je bukan nk tgur ke apa and bla..bla..” . Silap hari bulan dia tak layan aku nnti. Aku pon pgi la click kat dia punya nma  tu then teragak agak gak ar nk type apa kat dia.. Tapi sbelum tu pk dulu nk buat ayat cmna.  Then aku pn decide la, just kata “ thanks for the appr .. “ (ayat pertama aku ) hehe.. Sbnrye nk tgk respond dia cmna , then tak smpai brp minit dia reply..  yeahhh!  :p

iL (4/15/20119:54:45PM): thnks for the appr
hD (4/15/2011 9:54:55 PM): u r welcome
hD (4/15/2011 9:54:59 PM): siapakah?
iL (4/15/2011 9:56:07 PM): me? org lahh..sape lagi..
( bodoe gler jwpn aku,tau la org kan tp siapa hahah) <----  ayat masa fest2 kteorg ym..

Start dri tguran aku smpi la ke harini kteorg still contact tak pernah pon tak contact walau sehari and pernah gak la satu hari kteorg tak contact langsung sbb nya… “rhsiaaa..” Aku ni plak mmg pantang kalauuuuu… Ehh? ni dh lari topic ni.. Kk, kte gi ke topic kita balik k..  And Kiteorg pon strt la br ym malam tu..  Dia tnya aku, aku Tanya dia. Tpi kebanyakannya dia yg byk tnya aku,bila aku trnya dia,dia taknak jawab. Tak adil kan? Bengang gak aku ngn minah ni.. Pasal aku suma dia nk tau tp bila time dia bukan ke main lagi nk men rahsia2 ngn aku, saboorrr je laaa haihhhh.. Pastu dia tnya aku mana aku dpt id dia la apa la.. Then bila aku gtau kat dia mana aku dpt dia tak brp nak percaya. Aku ckp la mcm ni :

iL (4/15/2011 10:07:36 PM): ok ok..i dpt id u dri blog u..
iL (4/15/2011 10:07:41 PM): puas ati?
hD (4/15/2011 10:07:47 PM): haaa?
hD (4/15/2011 10:07:52 PM): i mana ada blog
hD (4/15/2011 10:07:54 PM): huhuhuhu
iL (4/15/2011 10:08:25 PM): kalo u xde blog..mne i dpt id u ni haa
hD (4/15/2011 10:08:38 PM): lorh betollah yang i takde blog
hD (4/15/2011 10:08:47 PM): blog apakah itu
hD (4/15/2011 10:08:53 PM): cuba kasi tau sket


( dalam hati aku ) “ Dia boleh kata yang dia takde blog kat aku? Gler ke apa, kalau dia takde blog takkan la aku boleh dpt emel dia kan? “  Then dia byk  tol soal kat aku mcm2, pasal mana aku dapat blog dia tu , letih aku nk menjawabnya. Bila aku jawab dia tak percya,pastu siap Tanya ,tnya dn tnya.. dia kata nk kan confirmation takot aku tipu ( after dia nk kan confirmation dia tu sgttt bru la dia percya tp tak tau la percya sepnuhnya or tak ) ..  Aku ingat kan lepas dh dia tnya aku pelbagai soalan tu dah takde la dia nk tnya aku lagi.. Rupa nyaaa adaaa lagiii loorrrr.. Aduiii minahhh ni.. Tension tol aku..  Dia tnya aku, aku ni budak tesl ke, aku ckp la bukan.. pastu, dia cakap mcm ni  :

hD (4/15/2011 10:17:39 PM): then
hD (4/15/2011 10:17:53 PM): how did u manage to find my blog?
iL (4/15/2011 10:18:38 PM): haihh u nie..byk tnye la  
hD (4/15/2011 10:19:09 PM): tak kasi i tanya jgnlah tego len kali
hD (4/15/2011 10:19:11 PM): 'huhuhu

Aku mmg dh strt nk menyirap dh ngn minah ni dok sebok sgt tnya aku.. Sbb aku ni jenis yang bila aku dh ckp sekali tu, tu la jawapan aku.. tp dia dok tnya lagi.. HAHAHA..  untuk kali kedua nya aku kena bersabar bila dia balas mcm tu. Kang dia marah tak sepasal dia tak nak lyn aku langsung! Haa bru pdn mukaaaa.. Pastu aku pon jawab la soalan dia tu dgn hati yang sabar. Akhirnya, dia pon tak byk soal dh bila dia dh dapat jawapan yg sgt puas hati dari aku. Legaaa!
Then, masa ngah dlm sesi perkenalan tu.. aku tnya la umo dia brp, dok mana bp siblings pe suma ( alaa soklan fest2 knl cmtu la lgi pon aku tak tau nk tnya apa sbnrye hahaha) Tp ni dia yang tnya aku dlu. Fest, dia tnya aku mcm ni  :

hD (4/15/2011 10:23:12 PM): so where do u from?
iL (4/15/2011 10:23:30 PM): cheras
iL (4/15/2011 10:23:35 PM): tau ke?
iL (4/15/2011 10:23:36 PM): hehe
hD (4/15/2011 10:25:07 PM): hahahah
hD (4/15/2011 10:25:09 PM): tak tau
hD (4/15/2011 10:25:29 PM): i 'm from thailand
hD (4/15/2011 10:25:35 PM): tak tau cheras tu kat mana
iL (4/15/2011 10:25:55 PM): ooo...siamm
iL (4/15/2011 10:25:59 PM): ptot pon xtau
iL (4/15/2011 10:26:00 PM): kk..

*Haa ni la antara nya jawapan yang dia suka main angin ngan aku. HHAHA. Geram betol aku ngn diaaa ni weh! Then dia tnya aku lagi, aku stdy ke or keje. Aku jawab la dgn jujur nyaa.. tapi bila tang dia, dia jawab main2 ngn aku.. geramm aku!

hD (4/15/2011 10:33:22 PM): study ke keje ke
iL (4/15/2011 10:33:41 PM): em,stdy lgi
iL (4/15/2011 10:33:41 PM): u?
hD (4/15/2011 10:34:15 PM): stdy kat mana?
iL (4/15/2011 10:34:44 PM): jwb lar dlu i tnye
hD (4/15/2011 10:35:00 PM): i dah pencen
iL (4/15/2011 10:35:39 PM): ek? xpcyer lgsg
iL (4/15/2011 10:35:45 PM): ckp la btol2
hD (4/15/2011 10:35:50 PM): betollah
hD (4/15/2011 10:35:52 PM): aduyai
iL (4/15/2011 10:36:21 PM): U STADI LGI OR DAH KEJE????
hD (4/15/2011 10:36:28 PM): uish
hD (4/15/2011 10:36:32 PM): dasat ah
hD (4/15/2011 10:36:40 PM): aggressive betollah kamu
hD (4/15/2011 10:36:44 PM): garang semcam

*Ni aku start nk bengang kat dia sbb dia jawab main2.. saba je laaa! HAHAHA.. ( suka main angin minah ni,dh la aku tnya dia taknak jawab pastu nk tnya aku stdy mana plak. Banyak cntek! Budget aku nk jawab la ekh suma soalan dia, sorryyyy k ) Okey, after suma settle, aku dh tau dia buat apa masa tu and dia pon tau aku stdy mna. Aku pon tnya la apa yang aku nk tau pasal dia..

Then, aku pn strt la tnya .. Umo dia bp. Dia jawab umo dia dlm 28 ke 29 cmtu la.. aku pon tak sure sgt. ( dalam hati aku ) “ Uishh biar betol die.. bru nk ngorat mcm takde harapan je " hehehe nakal tak aku. Pastu aku mcm tak brp nk percaya sgt dia ckp umo dia tu then bila aku tgk blog dia tu thun zaman tok adam dlu, Hmmm.. maybe btol la kot.. aku pon malas nk serabut kn pale otak aku pk sal umo dia, sbb minah tu bukan betol sgt pon suka main angin ngn aku..hahaha..  Dia tnya umo pe suma, aku pon mcm biasa la jawab dgn jujur nya.. Then, bercerita pasal siblings plak, bila dh tau adek brdk dia and aku ada bp suma.. Dia boleh plak ckp yg dia kenal adek aku? Dia kata adek laki aku ni chubby la apa la. Aku pon pening ngn dia ni. So aku pon dpat detct dri situ yang dia nk main kan aku lagi sekali. HAHAHA okey nak main2 sgt kan? Aku pon iyer kan je apa dia ckp,konon cm budget btol ar dia teka suma tu..padahal xpon.. adek aku hensem tau! Tapi dlm hati rasa sebrsalah la plak rasa mcm permainkan dia,kalo dia tu ingt apa yang dia teka tu betol cmne?? Tapi bila pk blik dia buat aku boleh, bila aku buat dia npe tak boleh kan? Hahaha..

Pastu,tnya plak pasal umo, mcm takde mende lain nak tnya kan? Haha tapi mmg dah takde mende pon nak tnya so tnya je la kan.. Haaa yg time ni pon dia main2 ngn aku lagi, bila dia tnya umo akak aku bp aku jwb la dgn jujur nya then dia kata umo dia sama la ngn akak aku.. pastu aku pelik la tadi kata umo lain,ni umo lain plak.. pastu dia kta smbil gelak hahaha dia main2 je tadi.. Cehhh, menipu je keje nye.. aku ni pon ngok gi cyer dia bulat2 kan?.. Betol la org kata budak baik selalu kena tipu! Hahaha..
  
Nak mintak ke tak eh num phone dia ni? Emm.. “  

To be continued..

( Lagenda Budak BMi )

Monday 22 August 2011

Penat menunggu lor...

Hmmm...
penat kan kkdg kalo kite ngah ym or msg tu pastu org tu bleh plak ttdo.. 
aihh, dah agak dh.. time2 mcm ni mest org tu suka hilang senyap senyap tggl kan b dia sorang2 kat sini.. 
Tapi nk buat cmne kan, b dia dh biasa dh dgn keadaan mcm ni. So terima je la  :)


Friday 19 August 2011

Jawapan kepada persoalan iL

Angka 15 : a significant date to us.. Why?? because tarikh tulah bermulanya segalanya.iL cakap dia takkan penah lupakan angka 15 tu. Aku hargai sangat2 ingatan dia tu sebab tak semua lelaki kat dunia ni macam dia.. Maksudnya yang jenis ingat tarikh2 penting ny ang mudah ingat hal remeh temeh yang biasanya perempuan je yang suka amik port mende2 camtuh..Tapi dia lain..Dia jenis yang prihatin where dia ingat seme details tuh.Tu yang buat aku suka sangat kat dia. Untuk pengetahuan die, aku pun tak pernah lupa sebenarnya angka 15 tuh. Tapi aku rasa satu je beza perempuan ngan lelaki ni..perempuan biasanya bukan nak lupakan tarikh penting yang laki selalu ingat setiap bulan tu tapi die lagi pentingkan tarikh yang betul2 tarikh anniversary diorang.. Meaning once a year and lao monthly tu dia ingat, just tak luahkan sgt kadang2..tu pada pandangan aku lah..bagi aku tarikh yang once a year tu lagi eksklusif daripada mengwarkan2 every month..that's y die lagi prefer mengekslusifkan yg once a year tu compared  to every month.tu jelah explanation aku..hakikatnya aku appreciate sgt dia yg ingat tarikh2 penting ni..sekurangnya2 dia ingat tak macam kebanyakan lelaki lain yang umur anak sendiri pun kadang2 tak tahu apatah lagi birthday isteri sendri.

Persolan kedua, kenapa org pmpn ni suka sgt ckp mende yang sama? THE REASON Y depa suka tnya ulang2 walaupun soalan yang dtnya dh dijawab, adalah banyak sebab . satu mmg betul sebab jawapan yang diberikan tu kurang menyakinkan or kurang jelas untuk difahami and kedua memang betul kiterang ingin kan kepastian sekali lagi. The fact is dia nak org yg dia syg ulang banyak2 kali apa yg dia nak dengar sebab dia nak rasa perasaan terjamin ngan jaminan kata-kata berulang kali seperti apa yang diharapkan daripada seorang lelaki..bukan niat die nak serabutkan hati seorang yang bergelar lelaki. Dia just nak kata-kata jaminan yang lelaki tu berikan dapat membuatkan dia tenang dan rasa tak selamat hilang..

Kadang-kadang bila lelaki puji perempuan ni antara dua dia nak percaya atau tidak..Kalau die jenis yg bukan senang nak terangkat dia akan buat tak tahu je lao org puji dia..tapi dalam hati of course berbunga2 gak seposen. kadang2 die tanya betul tak laki tu puji dia sebab bukan dia tak yakin, dia just was2 bila ada je something yang buat dia curiga..melainkan kalau dah takde curiga di hati die..for sure die akan nampak keikhlasan pujian lelaki tuh..macam tulah lebih kurang. so moral of the story, kalau lelaki tu ikhlas nak puji perempuan tuh make sure, perempuan tuh dah takde curiga dalam hati pasal lelaki tu..kalu tak memanglah die akan ada sedikit tak yakin dgn mendengar pujian korang tuh.

Tu jelah..sebenarnya nak luah banyak lagi..n luahan kat atas ni cam tak tepat sgt sebab aku ni jenis tak dapat buat keje n pike critically sgt dalam keadaan bsg..so maybe ulasan di atas akan ada perubahan later..harap maklum..
written by : hD

My inner thoughts

╔═╗══════╔═╗══════════╔═╗════╔╗═ ║═╬═╦╦╦═╗║═╬═╦╦╦═╦═╦═╗║╬╠╦╦╦═╣╠╗ ╠═║╬║║║╬║╠═║╬║║║╬║║║╬║║║║║║║╬║═╣ ||| |||_ ╚═╩╩╬╗╠╩╝╚═╩╩╬╗╠╩╩╩╬╗║╚╩╩══╩╩╩╩╝ ════╚═╝══════╚═╝═══╚═╝══════════
I wish I could be the only ONE.
The only one that you admire, adore and care most.
The one that you love and wish to spend the rest of your life with.
The one that you seek and look for when you are sad, happy and bored.
THE ONE WHO CAN MEND YOUR BROKEN HEART YET CAN SOOTHE YOUR MISERY
coz i want to be the only ONE who is everything to you no matter what, when and where you are..
LUVs hD

Thursday 18 August 2011

Im sorry..

Bb.. b mintak maaf, b takda niat pon nk buat bb marah..
b just nk gurau je tadi,tak sngka pulak gurauan b buat bb terasa. Im sorry dear,really2 sorry..
Maaf kan b eh? B jnji b takkan buat and takkan ulang lagi kesalahan bodoh tu..

I luve you, hD.. 


wOOW

It has been for ages I didn't write anything here.However, today when I wanted to check for the new entry written by you,  I found out that our house has the new colour. waaaaa...thanx a lot b for entertaining my wish. You know what, I used to think of choosing this background too before this but to think back about the colour of your preference which is purple, I changed my mind. hehe.

k till here now.. take care..daaa

Luvs: hD @ dungeon-k10






Monday 15 August 2011

April - August

Harini 15 August.. Rasa sekejap je masa berlalu,tak sangka dah 4 bulan kiteorang kenal. Dalam masa 4 bulan ni macam2 mende yang tak disangka jadi. Antara mende yg berlaku tu sebenarnya dtg dari aku sndri juga. Kalau tak, relationship ni macam biasa je, takde la byk sgt ragam.. koannn? Bila angka 15 tu ‘dtg’ aku tak penah pn lupa. Tapi tak tahu la kalau orang tu lupa, kalau lupa pon takpe.. Bukan penting sgt pon nk diingat kan. Lagipn kebiasaanya kalau pasal tarikh2 yang agak pnting bagi ssorg pmpn tu,dorg ni akan ingt dalam hidup dorg and kalau lupa pun mcm biasa lah lelaki yang akn dipersalah kan kata tak ingat la apa la. Dah masak sgt ngn perangai orang pmpuan ni.. so sebagai seorang lelaki kenalah sabar ye ngn perangai org pmpn ni..   

Nak tanya siket la, kenapa eh org pmpn ni suka sgt ckp mende yang sama? I mean suka tnya ulang2..padahal soalan yang dorg tnya ni kita dh dijawab,tpi dorg ni still jugak tnya.. Hmm.. Tak tahu la kalau jawapan yang diberi tu kurang menyakinkan or kurang jelas untuk difahami or maybe ingin kan kepastian sekali lagi, I guess..  Tak payah tgk org lain la, mcm my mum sendri pn sllu ckp mende yg sama and ulang byk kali smpai kan aku tak tau nk jawab apa. Kang kalau buat bodoh je kang nampak cm anak kuang aja plak, so terpksa la aku jawab mende yang sama stiap kali my mum tnya.. 

And, lagi satu lah kan.. Kenapa eh pmpn ni bila guy ni kata yang dia sayang kan pmpuan tu then pmpuan tu mest akan respond “ yekeee niee? Sayang byk or siket? “ ofcourse la lelaki tu akan kata “ mest lah sayang byk “ Sbb.. dh terang2 lelaki tu kata yang dia sayang kan pmpuan tu kan and hnya pmpuan tu je dlm hati dia..  Then bila lama siket, lelaki tu kata “ sy sayang awak sgt2 “ pmpuan tu respond “ kenapa awk sayang sy? “ lelaki respond blik “ sbb sy suka awk “.. then pmpuan tu tnya lagi “ kenapa awk suka sy? Kenapa awk tak suka pmpn lain? Kenapa mest kena sy ? Apa yang special diri sy  smpi awk syg n suka kan sy? “ Hmmm..   Kenapa eh pmpuan sllu cmtu, I mean soalan yang dia rasa dia dh tau and jawapan tu dh pernah dijawab oleh lelaki tu? Pmpuan tu tnya soalan mcm tu sebab dorg tak yakin ke yang kita ni sayang kt dia? Maaf lah, sebagai seorang lelaki,kekadng kita kurang memahami hati dn perasaan dorg.. And kkdg kita tak sedar pn kita dh saket kan hati dorg.. And lelaki akan tahu bila pmpuan tu saket hati or terasa ke apa ke melalui cara dorg layan kita,kan gurlssss?? Ke salah eh ?? 

Last question from me, kenapa eh pmpn ni kalau kita puji dia mest dia kata kita ni just nk ‘mengayat’ or just nk ‘ ambik hati ‘ je? Let say la bila lelaki ni puji kata “ awk ni cntek la.. “ or “ awk ni sweet sgt tau “ or “ awk nmpak ‘hot’ bila pakai bju tu.. “ 
Sedangkan kita ni puji dia iklas, and takda terdetik siket pon nk mengayat ke apa ke, sbb dah memang kenyataan yang pmpuan tu mmg cntek di mata dorg nak buat cmna kan. Unless… lelaki tu jenis yang suka mengayat, playboy.. jenis tu payah cita la kan, apa yg dorg ckp mmg tak boleh percaya pon.. Tpi tu la sbb kan dorg lelaki2 yang baik ni yang jadi mangsa,huhu  
Mybe disebabkan hal tu pmpn2 kat luar sana kena lebih berhati2,so tak boleh la nk salah kan dorg 100% kann gurlsss?? :p

Sunday 14 August 2011

Starting to feel unwell

Start dari kes smalam. menangis punya pasal dah buat aku start selsema. Nak kaver punya pasal sebab tahan nangis nasib ada ikan bakar yg pedas gila masa bukak pose..so peluh yg kuar tuh terkaver ah hidung berair apa...I think my dad n my mum realized about it coz right after tarawikh, when we were watching the television, my dad asked me whether I have problem or not. I just pretended to act cool and telling them that my biggest problem is I have a lot of works to be done and all of them are unsettled.

Mak bapak mana tak perasan kalau anak die tetiba nampak pelik..tapi aku sehabis daya berlakon supaya tak nampak ketara sgt perubahan aku..yang pasti harini selsema semakin teruk..bersin tak benti2..bertahanlah! aku pujuk sgt diri sendiri..aku harus tabah menerima hakikat yang aku tak dapat bahgia kalau tak dilukai..tapi tulah aku cuba nak terima tapi aku tak tahan bersedih bila mengenangkan aku bukan satu-satunya.. it hurts me dat much walaupun aku sedar aku semacam lumpuh tanpa dia..

nak pergi kerja tadi pun tunggang langgang..nasiblah ucuk datang..senyumlah kejap aku walaupun buat2 senyum pandang ucuk..nak isi minyak bukan bukak tangki minyak tapi g bukak boot. sampai pump attendant tu tengok aku pelik..huhuhu..sedih plak rasa.

to be continued..
by hD

Saturday 13 August 2011

not in mood ~


Malam ni tak tahu la tetiba je rasa sayu.. mcm hilang sesuatu,nk stdy pon xde mood dh..tp keje byk yg nk kene buat.Hmmm.asyik tertangguh je keje,aduiii..wake uppppp la iL!!! Takkan la pasal hal ni dh lembikk! Shi* !! really need someone now.. I need her to give me ‘semangat’ .. I need her in my life.. I need her to support me berjihad’ seyesly I really2 need her..   :(



saturday love.


hyE my lovely hD..

" goodmorning bb..wake up2..dh pukul berapa dh ni. B ngah update blog kita bg lebih ceria siket, nanti xde la org tu dok ngadu kat b kata tu la ini la,pastu kata b xcare blog kita plak kan? Heheh.. Ni masa b ngah free ni la kena buat,biasa la weekend kan..xde mende nk buat pon,kalo weekdays b dh busy ngn class b plak.so xda masa sgt,kalo mlm plak b kena stdy n buat assgmnt b plus buat projek b lagi.. b tak tahu nk ubh apa lagi dh,kalo bb ada nk tmbah siket2 ke buat la k.. bagi kite ‘bersemangat’ nk tgk blog kite ni haaa..heheh.. "

- from ur iL -

Tuesday 9 August 2011

Bermalam Di Katil Seorang Lelaki

Untuk renungan dan iktibar kita bersama bagaimana untuk kita mengawal nafsu.

I found this story from a blog and I would like to share it here to so that everyone of us here can get the benefit from the story. Wallahualam. 


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra...menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal...

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi... ... ...... .....

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.
 
Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah.

MOTIF CERITA

Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindarkan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup...
__________________________________________________________________________
As quoted from http://tauhidulwujudiah.webs.com/martabatnafsu.htm

Baik buruknya manusia adalah bergantung kepada tahap-tahap kesucian batinnya atau nafsunya.

Nafsu mempunyai dua pengertian:
 
1.   Suatu pengertian yang meliputi segala tabiat-tabiat: spt. marah, nafsu berahi dan syahwat serta semua yang keji seperti hasad dengki, riak, dendam, sum'ah dan sebagainya. Nafsu ini ada juga pada binatang. Tapi tiada sama sekali pada malaikat. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau"
 
2.   Makna yang kedua adalah berkaitan kejadian "latifah rabbaniyyah' iaitu sesuatu yang batin yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sebaliknya ia adalah melibatkan soal-soal kerohanian.

Jenis-jenis nafsu:
1. Amarah
2. Lawammah
3. Mulhammah
4. Mutmainah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah 
 
Sekarang mari kita tengok kita berada di tahap nafsu yang keberapa?


1. AMARAH

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

Firman Allah:

    * "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya"
    * "Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat keji(mungkar)"
    * "Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus)"


Dalam kehidupan seharian segala hukum hakam, halal-haram, perintah dan larangan tidak pernah di ambil peduli. Malah buat kejahatan itu sudah sebati. Tidak ada penyesalan, malah kadang-kadang bangga buat jahat. Contohnya dia berbangga dapat merosakkan anak dara orang, bangga dengan kehidupan songsang, minum, berjudi, pergaulan bebas malah jadi barat lebih dari orang barat. Bagi mereka pada peringkat nafsu ini, konsep hidupnya adalah sekali, jadi masa mudalah untuk seronok sepuas-puasnya tanpa mengenal batas-batas. Baik jahat adalah sama sahaja di sisinya tanpa ada perasaan untuk menyesal. Malah kadang-kadang bila boleh buat jahat seolah-olah terdapat perasaan lega dan puas. Itulah sebabnya kadang-kadang ada yang dapat nak mengawalnya dari melakukan sesuatu yang jahat. Dah jadi hobi. Hatinya telah dikunci oleh Allah sebagaimana firmanNya:

"Tidaklah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya (amarah) menjadi Tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya (telinga batin) dan hatinya dan penglihatannya (mata hatinya) diletak penutup."

Manusia pada peringakat nafsu amarah ini bergembira bila menerima nikmat tetapi berdukacita dan mengeluh bila tertimpa kesusahan.
Firman Allah:

"Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka gembira dengan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah akibat kesalahan tangan mereka sendiri, lantas mereka berputus asa."

Jelasnya pada peringkat ini segala tindak tanduknya adalah menuju dan mengikut apa kehendak syaitan yang mana telah dikuasai sepenuhnya olehnya(Syaitan). Rupa sahaja manusia, tapi hati dikuasai syaitan.

Pada peringkat ini, manusia itu tak makan nasihat. Tegurlah macam manapun. Dia tetap tak akan berubah kecuali diberi hidayah olehNya.

Mereka tidak pernah takut pada Allah dan hari pembalasan. Malah meremehkan lagi ada. Mengejek dan mencemuh. Mereka tidak pernah peduli dengan ancaman Allah seperti:

"Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memrhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereak termasuk di dalam golongan yang lalai".

Mereka suka mencela orang lain, memperbodohkan kelemahan orang lain dan melihat dirinya sendiri serba sempurna. Mereka tidak pernah menyandarkan hasil usahanya kepada Allah. Mereka fikir apa sahaja kejayaan mereka adalah hasil titik peluh diri sendiri.

Jiwa mereka pada tahap ini adalah kosong dan hubungan dirinya dengan Allah boleh dikatakan tidak wujud.

Dalam konteks penerimaan ilmu, orang yang bernafsu amarah hanya berupaya menerima ilmu diperingkat ilmu Qalam. Terutamanya yang mementingkan soal-soal lahiriah dunia sahaja. Tak ada minat kepada pelajaran agama dan hari akhirat. Pada peringkat tidak ada peluang sama sekali untuk menerima ghaib dan ilmu syahadah selagi hatinya kotor dan tidak disucikan dengan pembersihan zikrillah yang mempunyai wasilah bai'ah dengan Rasulullah s.a.w. Untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu ini hendaklah menemukan jalan wasilah ilmu Rasulullah s.a.w dengan menerima tunjuk ajar dari ahli zakir iaitu guru mursyid yang dapat memberikan petua-petua penyucian diri dan penyucian jiwa yang mempunyai mata rantai dengan Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiap sesuatu ada alat penyucinya dan yang menyuci hati ialah zikir kepada Allah "

Pada tahap amarah ini kalau berzikirpun hanya dibibir sahaja tanpa meresap ke dalam jiwa. Amarah tidak mengenal sesiapa, malah ahli kitab sekalipun walaupun ada kelulusan Azhar, walupun berserban dan berjubah. Amarah tidak pernah takut dengan itu semua malah lagi senang ia menyerang. Yang ia takut hanyalah zikrillah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya syaitan itu telah menaruh belalainya pada hati manusia, maka apabila manusia itu berzikir kepada Allah , maka mundurlah syaitan dan apabila ia lupa, maka syaitan itu menelan hatinya" 
 
 
2. NAFSU LAWWAMAH

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus. Rasulullah s.a.w bersabda:

    * "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya penasihat dari hatinya sendiri"
    * "Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat baginya, maka Allah akan menjadi pelinding ke atasnya."


Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-kelamaan isyarat ini akan padam dan malap. Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang berubah-ubah.

Firman Allah:

    * "Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti (suruhan jahat) mereka setelah datang ilmu (isyarat lawwa-mah) kepadamu, sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim"
    * "Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk yang sebenarnya.Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka , setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".

Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada, sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat, atau bila sendirian, sewaktu berzikir, bersolawat. Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan diri. Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka juga menjadi gila untuk beribadat dan cenderung kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri dan mula jemu dengan persoalan yang tidak berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf.

Rasulullah s.a.w bersabda:

    * "Bahawasanya orang-orang mukmin itu perhatiannya pada solat, puasa dan ibadat dan orang munafik itu perhatiannya lebih kepada makanan dan minuman seperti halnya binatang"
    * "Sedikit taufik adalah lebih baik dari banyak berfikir dan berfikir perkara duniawi itu mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara agama pasti mendatangkan kegembiraan"


Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari dunia.

Namun begitu walau nak dibandingkan dengan amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang dosa dan kejahatan.Imannya masih belum kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristigfar minta ampun kepada Allah.

Firman Allah:
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah"


Sebagai contoh kalau tertinggal sembahyang terdapat perasaan kecut hati dan cepat menyesal sehingga terus pergi kadha.

Antara sifat nafsu lawwamah adalah:
1. Mencela diri sendiri
2. Bertafakur dan berfikir
3. Membuat kebajikan kerana ria
4. Kagim pada diri sendiri yakni 'ujub
5. Membuat sesuatu dengan sum'ah -agar dipuji
6. Takjub pada diri sendiri

Sesiapa yang merasa berdegup di hati sifat seperti di atas masih lagi berada pada tahap nafsu lawwamah. Ianya adalah terdapat pada kebanyakan orang awam .

Harus kuat berzikir lagi untuk menembus dan menyucikan sisa-sisa karat hati. Zikir pada peringakat nafsu ini masih lagi dibibir tetapi kadang-kadang sudah mulai meresap masuk ke lubuk hati tapi dalam keadaan yang tidak istiqamah. Pada peringkat ini memang sudah timbul gila beribadat sehingga kadang-kadang merasa dirinya ringan dan melayang, kadang-kadang macam hilang dirinya. Rasa semacam semut berderau diseluruh tubuhnya terutama pada bahagian tulang belakang dan tangannya. Keadaan beginilah menimbulkan keasyikan yang menyeronokkan dengan amalan zikir dan ibadat lain.

Pada pringkat ini sudah boleh menerima sedikit ilham hasil dari zauk dan kadang-kadang mengalami mimpi yang perlu ditafsir kembali oleh guru. Bila berterusan dengan petua dan amalan yang diberi oleh guru InsyaAllah nafsunya lawwa-mah ini akan meningkat kepada tahap seterusnya. 
 
3. MULHAMAH

Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.

Firman Allah:
"Demi nafsu (manusia) dan yang menjadikannya (Allah) lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik, sesungguhnya dapat kemenanganlah orang yang menyucinya (nafsu) dan rugilah (celakalah) orang yang mengotorkannya(nafsu)

Makam nafsu ini juga dikenali dengan nafsu samiah. Pada pringkat ini amalan baiknya sudah mengatasi amalan kejahatannya. Sifat mazmumah telah diganti dengan mahmudah. Sikap beibadat telah tebal dan amalan guru terus diamalkan dengan lebih tekun lagi.
Pada penyesalan pada peringakat lawwamah tadi terus bersebati di dalam jiwa. Isyarat lawwamah sentiasa subur. Sesungguhnya taubat orang peringkat mulhamah ini adalah "taubatan nasuha". Bukan shaj di mulut tetapi hakiki.

Dalam kehidupan sudah terbina satu skap yang baik,tabah menghadapi dugaan, bila terlintas sesuatu yang ke arah maksiat cuba-cuba memohon kepada perlindungan dari Allah.

Firman Allah:
"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa , bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketiak itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan."

Sabda Rasulullah S.a.w:
"Barangsiapa yang merasa gembira dengan kebaikannya dan merasa susah (gelisah) dengan kejahatan yang dilakukan, maka itu orang-orang mukmin"
Zikir pada tahap ini telah menyerap kedalam lubuk hatinya bukan sekadar berlewa-lewa dibir sahaja lagi. Malah sudah menerima hakikat nikmat zikir dan zauk. Bila disebur nama Allah rindunya sangat besar, berderau darahnya dan gementar tubuhnya tanpa disengajakan.

Firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bagi mereka apabila sahaja disebut nama Allah, nescaya gementarlah seluruh hati mereka"

Perasaan ini terus menjalar sehingga bertemu kekasihnya.

Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah:
1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
2. Tak sayangkan harta
3. Qanaah.
4. Berilmu laduni
5. Merendah diri/ tawwadu'
6. Taubat hakiki
7. Sabar hakiki
8. Tahan ujian dan menanggung kesusahan

Mereka pada tahap ini mulai masuk ke sempadan maqam wali yakni kerapkali mulai mencapai fana yang menghasilkan rasa makrifat dan hakikat (syuhud) tetapi belum teguh dan kemungkinan untuk kembali kepada sifat yang tidak baik masih ada. Kebanyakan orang cepat terhijab pada masa ini kerana terlalu asyik dengan anugerah Allah padahal itu hanyalah ujian semata-mata.

Dalam konteks ilmu pula mereka bukan sahaja menguasai ilmu qalam malah sudah dapat menguasai ilmu ghaib menerusi tiga cara laduni iaitu nur, cara tajalli dan cara laduni di peringakat sir. Yang dimaksudkan dengan laduni peringkat sir ialah menerusi telinga batin yang terletak ditengah-tengah kepala yang biasanya dipanggil bahagian tanaffas. Suara yang diterima amat jelas sekali. Tak ubah seperti mendengar suara telefon. Pada masa yang sama pendengaran zahir tetap tidak terganggu walaupun masa menerima laduni sir itu ada kawan berbual. Biasanya suara ghaib itu adalah waliyulah atau ambia yang merupaka guru-guru ghaib yang bertugas mengajar ilmu ghaib pada mereka yang diperingkat mulhamah. Tapi perlu ingat guru murysid zahir kita tetap guru. Malah Guru mursyid kita sebenarnya telah berkomunikasi terlebih dahulu dengan guru-guru ghaib ini. Sebab tu kalau tak ada murysid kita akan terpedaya dengan syaitan dan jin yang menyamar. Pembukaan telinga batin ini pada awalnya berlaku seakan suatu bisikan suara yang dapat dibahagian dalam anak telinga, dimana pada permulaannya merasa berdesing. Kemudian barulah dapat dengar jelas.

Zikir tetap meningkat. Pada peringkat inilah Allah berfirman:
"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir kepada Allah.Ingatlah hanya dengan berzikir kepada Allah sahajalah hati menjadi tenteram".
  
 4. NAFSU MUTMAINAH

Inilah peringkat/ martabat nafsu yang pertama yang benar-benar direhai Allah seperti yang saudara kita nyatakan di atas. Yang layak masuk syurga Allah. Maknanya siapa sampai pada maqam ini bererti syurga tetap terjamin, InsyaAllah. Hakikat inilah yang difirmankan Allah:

"Wahai orang yang berjiwa / bernafsu mutmainnah,pulanglah kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redhai meredhai olehNya dan masuklah ke dalam golongan HAMBAKU dan masuklah ke dalam syurgaKU".

Pada peringkat ini jiwa mutmainnah merasakan ketenagan hidup yang hakiki yang bukan dibuat-buat. Tidak ada lagi perasaan gelisah. Semuanya lahir dari tauhidnya yang tinggi dan mendalam. Tauhid yang sejati dan hakiki. Tidak ada lagi perbezaan senang dengan susah baginya sama sahaja. Pada maqam inilah permulaan mendapat darjat wali kecil.

Antara sifat-sifat maqam ini adalah:
1. Taqwa yang benar.
2. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah hati dan seronok bersedekah.
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

Pada maqam ini biasanya(walaupun tidak semestinya), akan adanya keramat-keramat yang luar biasa serta mendapat ilmu dengan tak payah belajar sebab sudah dapat mengesan rahsia-rahsia dari LohMahfuz. Adanya sifat lidah masin. Apa yang keluar dari mulut bukan sembarangan lagi bahkan menerusi yang dipanggil sebagai 'inkisaf'. Mereka sudah menguasai ilmu peringkat nur, tajalli, sir dan juga sirussir, iaitu lebih tinggi dari maqam mulhamah. Yang dikatakan menerusi sirussir ialah cara penerimaan dengan telinga dan mata batin. Kalau mulhammah tadi baru terbuka dengan telinga batin tanpa mata batin. Dengan mata batin inilah dia berupaya melihat sesuatu yang ghaib yang tak mampu dilihat oleh mata biasa kita. Malah dapat melihat sesuatu yang akan berlaku pada masa akan datang. Betul-betul macam melihat TV. Malah siap boleh rewind lagi. Kalau guru kita nak lihat sejarah hidup kita yang lalu biasanya dia akan memrhati rakaman hidup kita dan mengesan dimana kesilapan kita dan memberi petua untuk membetulkannya. Kalau mencuri disuruhnya kita memulangkan kembali serta minta halal dan maaf, dan sebagainya lagi. Namun begitu dia tetap akan menjaga aib muridnya kepada orang lain. Perlu dingat pada peringkat ini dia tidak terganggu penglihatan dan pendengaran zahirnya pada masa sama melihat dan mendengar yang batin walaupun duduk di kedai kopi bersama-sama orang lain. Melalui penerimaan sirussir ini dia berupaya melihat alam barzakh, menjelajahi alam alam malakut. Keyakinan mereka sudah pada tahap ainul yakin dan haqqul yakin.

Fana juga boleh berlaku yang dikenali sebagai "fana qalbi" iaitu merupakan penafian diri ataupun menafikan maujud dirinya dan diisbatkan kepada wujudnya Allah semata-mata.Inilah peringkat yang kita bincangkan dulu mengenai LAA MAUJUD ILLALLAH. Keadaan inilah yang digambarkan Allah:
"Semua yang ada adalah fana (tiada wujud hakikinya).Dan yang kekal(baqa) itu adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan"

Namun fana qalbi ini tidaklah kekal.
 
5. NAFSU RADHIAH

Maqam ini dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.

Firman Allah:
"Sesungguhnya wali-wali Allah itu tak rasa ketakutan dan tak pernah rasa kerungsingan di atas mereka".

Ini kerana nur syhuhud sudah sebati dalam jiwa mereka. Alam sekeliling seperti cermin yang boleh mereka melihat Allah setiap ketika. Ini adalah maqam musyahadah tahap ihsan seperti hadis Rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu menyembah Allah sebagaimana kamu melihatNya..."

INi adalah maqam wali dalam martabat khawas.

Pada masa inilah apa yang diisyaratkan oleh rasulullah s.a.w:

"Takutilah akan firasat orang mukmin, bahawasanya orang-orang mukmin itu melihat dengan Nur Allah".

Pada tahap radhiah ini ,ia melihat melalui basyirahnya, merenung dengan kasyafnya , bertindak melalui perintah ilmu laduninya.Mulutnya dan doanya sangat mustajab.'Barang dipinta barang jadi"

Orang dimaqam ini kadang-kadang perbuatannya menyalahi syariat.Percakapan kadang-kadang menyinggung orang biasa yang tak faham tapi dikeluarkan tanpa sengaja.Masih lagi mengalami fana qalbi.tapi tidak menentu.Hidupnya ibarat dilambung gelora cinta seolah terapung bersama-sama Allah.Hanya memandang dan menyaksikan sesuatu bahawa tiada suatu yang wujud di dunia ini melainkan wajah Allah semata-mata:

Firman Allah:

"Di mana saja kamu menghadap, maka disitulah wajah Allah

Itu yang terjadi pada Al Junaid:Tiada apa dalam jubahku, melainkan Allah.

Mereka sudah memandang yang banyak kepada satu.Keadaan inilah boleh menimbulkan fitnah, malah kadang-kadang orang akan anggap gila. Inilah maqam Ana'al Haq-Mansur Al-Hallaj.

Zikir pada peringkat ini adalah secara 'khafi' yang telah meliputi seluruh anggota zahir dan batinnya. Pada peringkat inilah kulit berzikir, daging berzikir, tulang berzikir, malah semuanya berzikir. Tu yang jadi darah Al-Hallaj membentuk tulisan Allah lalu keluar zikir, malah kematian wali-wali seperti Tok Ku Paloh, masih lagi terdengar zikir di dadannya. Kadang-kadang mereka dijemput menjelajah alam ghaib kubra yang diluar akal manusia. Malah mereka di ajar ilmu tinggi yang lebih canggih dari manusia biasa yang boleh dicapai oleh zaman moden ini. Mereka boleh buat perhubungan secara langsung dengan para rasul, nabi, ambia dan waliyullah yang lain. Mereka menuntut ilmu dengan aulia macam berbincang dengan kawan melalui handphone, malah boleh berinteraksi beramai-ramai walaupun masing-masing berada di berbeza tempat.

Sifat-sifatnya:
1. Ikhlas
2. Warak
3. Zahid
4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini.
 
6. NAFSU MARDIAH

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi", maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata.Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri. Inilah dinyatakan sebagai Abu Yazib Bistami: "Subha Inni.."

"Pandanglah yang satu pada yang banyak"

Peringkat ini sudah tenggelam dalam fana baqabillah. Pada peringkat inilah suka mengasingkan diri,tidak suka bergaul lagi dengan makhluk.

Namun begitu ia mmepunyai kesedaran dua alam sekaligus. Zahir dan batin. Dan ia akam kemabli normal seperti biasa. Kalau peringkat sebelum ini mungkin sampai tak terurus.

Konsep perjalanannya lebih kurang dengan radhiah.mereka berpegang kepada konsep:
Firman Allah:
"Apa yang di sisi kamu itu pasti lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal".

Perkataan syatahah sudah hilang.Mereka suka hidup nafsu nafsi.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila kamu sekalian melihat seseorang mukmin itu pendiam dan tenang , maka dekatilah ia.Sesungguhnya dia akan mengajar kamu hikmah"

Menyentuh tentang zikirnya, zikirnya adalah zikir rahsia, tidak lagi ada lafaz dengan lidah mahupun hati, tapi seluruh anggota zahir dan batin mengucapkan dengan zikir rahsia yang didengar oleh telinga batin di maqam tanaffas. Zikirnya tidak pernah terganggu dengan alam zahir walaupun dia tengah bercakap atau buat apa sahajapun.

Firman Allah:
"Orang-orang berzikir kepada Allah sambil berdiri, sambil duduk dan dalam keadaan berbaring..."

Bagi mereka di maqam ini setiap perbuatan, perkataan, penglihatan dan apa sahaja adalah zikir.

Pada tahap ini mempunyai kekeramatan yang amat luar biasan. Namun biasanya jarang sekali menzahirkannya kelebihannya itu. Dari segi ilmu, mereka sudah memperolehi ilmu semua peringkat sebelum ini iaitu nur, tajalli, sir, sirussir malah ditambah lagi dengan cara tawasul/yaitu secara jaga dengan ambia dan waliyullah. Kehadiran wali-wali kepada orang maqam mardiah ini lebih merupakan penghormatan dan ziarah sahaja. sambil berbincang-bincang. Mereka berpeluang menjelajah seluruh alam alam maya dan alam ghaib termasuk syurga, neraka dan sebagainya. Mereka berupaya melawat bermacam-macam tempat samada dengan pecahan diri batinnya atau dengan jasad sekali. Malah dalam satu masa boleh menjelma di pelbagai tempat. Ini dipanggil "Khawa Fulkhawaf". Ianya berlaku tanpa sengaja dan tanpa dapat dikawal

Sifat-sifatnya:
1. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
2. Lemah lembut pergaulannya
3. Elok dan tingginya budi
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.
 
7. KAMALIAH

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham.


Monday 8 August 2011

(T_T) by hD

I miss somebody right now but I don't know whether he misses me too or not..
Really missed the moment when we were happy together



The feeling of loneliness

 The state of being sad
Tak tahu nak cakap macammana..Yang pasti aku semakin murung sekarang ni..dah takde apa yg dapat buat aku senyum sorang. happy semacam lantas buat muka berseri-seri.. Nangis je kejenya memanjang..Hati kosong, takut, risau dan buntu.. Rasa kebahgiaan yang dikecapi dulu diragut sekali lagi. Rasa sedih sangat hanya tuhan je yang tahu apa perasaan aku sekarang.

Memang Lumrah
Hati wanita nak disayangi, dikasihi,dimanja dan dibelai setiap masa. Dia nak jadi satu-satunya dalam hidup org yg plg sayangi.. Dia nak org yg dikasihinya mencintai dia tanpa tolok bandingan.. Dia taknak dirinya disakiti mengetahui dia sebenarnya bukanlah satu-satunya yang disayangi sebab dia tak suka berkongsi kasih sebenarnya.. Tanyalah semua perempuan dalam dunia ni. Kalu mereka diberi plihan of coz berkongsi kasih bukan pilihan mereka.. Semuanya sebab terpaksa dan demi menyelematkan suasana mereka merelakan dalam sedih dan makan hati. Aku juga begitu punya perasaan yang sama. Tambah2 pula menjadi anak tunggal perempuan mengajar aku selfish sebab tak pernah dalam hidup aku berkongsi secara tidak sihat. Jadi bila tahu perlu berkongsi, perkara yang aku rasa aku tak patut kongsi, aku jadi gundah gulana sedih yang teramat sangat dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata sampai air mati je jadi peneman.. Yang pasti kalu ditadah air mata yang mengalir jatuh kat pipi aku dah boleh di takung sebaldi.

Terasa kehilangan
Sekarang bila dah jadi macam ni, aku terasa sgt kehilangan..kehilangan yg amat perit dan menyiksakan..Aku manja jadi aku mengharapkan ada seseorang yang dapat manjakan aku selalu, caring pasal aku dan berkongsi kisah suka duka bersama tak kira masa. Aku nak seseorang yang boleh aku tanya pendapat nak pakai "baju apa hari ni?", "nak makan apa harini?", "nak buat apa jap lagi?" etc.. bukanlah bermakna aku tak reti decide sendiri tapi perasaan ingin bermanja tu membuatkan aku sedih sgt bila skrang ni aku dah dapat apa yg aku hajati lagi..

Sampai bila
Aku tak tahu sampai bila pengakhiran cerita ini..Yang pasti skank ni semenya dah berubah: makan tak selera, tidur selalu tak lena-meracau2 mimpi mengarut2 dan nak senyum pun buat2 skank ni.. KOSONG. dan mungkin aku tak punya harapan dah untuk bahgia tapi yang pasti aku sentiasa berdoa untuk selalu tabah dan mahu melihat seseorang berubah kerana aku syg sgt dekat dia dah..Tapi andai kata tiada harapan, haruslah aku melangkah sendiri untuk menghabiskan sisa-sisa hidup ni sendri. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba-hambanya dan aku redha walaupun menderita.

(T_T)- Written by hD

Saturday 6 August 2011

saje saje..


Berbuka puasa tadi ngan nasi beriani. Siket je makan tadi, smpai kan adik aku pon perasan yg aku makan siket (separuh je ) . Bila mak aku soh tambah then aku kata “ takpe la mie,cukup dh ni..”  mak aku terasa dia kata dia masak tak sedap ke? Hahaha kelakar la mak aku nie.. Bukan tak sedap Cuma xlalu je, lately ni,bila nak abestkan nsi  pon rasa nk termuntah je.. Brbuka puasa berserhana je.. tak makan byk sgt pon.. maybe sbb puasa kot, kalo x b4 puasa tu mmg byk gak makan,yerla dok ngn mmbe kan,dorg pon jnis makan byk..mmg la join sekaki..  k gtg nk cont wt asmen plak then stdy..

Luve you everyday. Take care.

Love

Love is like a bird, if u hold it tightly it dies.
If you hold it slightly , it flies.
Please take good care of it..
Don't  Love Two, But Love one who Loves YOU.

(by hD)

Tanpamu...


Terasa macam sesuatu je yang hilang. Aku tak tau nak explain apa yang aku rasa skg ni, sbb aku tau takkan ada org akan faham perasaan aku nie.  Seyesly, aku tak boleh focus nk buat keje.. dah la banyak keje kena buat sem ni. Tetiba ‘semangat’ aku hilang.. Nak buat keje pon asyik teringat2 je kat ‘sesuatu’ tu.. Badan ni terasa nk demam la pulak, rasa letih sangat.. takde mood nk buat suma keje,rasa nak baring and tdo je,atleast takde la aku ingat ‘sesuatu’ tu lagi.. tapi aku tau takkan boleh, sbb aku byk sgt mende kena buat.. dengan asaimen kena hnta isnin ni, hari yg sma plak kena prsent.. apasal la lect suma nak hari isnin??? Tak boleh ke hari2 lain ke?? Dalam sem ni saja lect aku dh bg 3 projek, suma nya soh siap dalam masa sebulan,2bulan.. dah la banyakkkk!!!!! Then kena buat proposal plak utk satu event faculty aku.. Lepas satu satu kena buat.. haihh..


Kasih yakin lah kepada diriku,
  sayang dan cintaku pun hanya untuk mu 
 dan takkan berubah utk selamanya cintaku padamu... “

Our Timeline

Daisypath Friendship tickers