Prince iL NEVER LOVES Princess hD forever and ever ..

Wednesday 28 December 2011

memandang kelemahan diri sendiri

Alhamdulillah. masih bernafas aku di muka bumi ini.. Terjaga di pagi hari mengingati betapa banyak dosa aku smalam. Aku sedar aku semakin lalai. Lalai menjaga tanggungjawab aku sebagai seorang yg beragama Islam. Tekad di hati ingin berubah tapi masih terdapat nafsu yg mengatakan "jap".. Aku kena kuatkan diri, tanamkan azam, ye aku akan berubah demi mendapat keredhaan yg hakiki daripada Allah s.w.t.

Aku perasan sekarang aku banyak menyukai sesuatu yg melalaikan. Aku kena kurangkan dah mulai skrang. Buat sesuatu yg berfaedah, agar aku tidak leka dengan kehendak duniawi. Aku dah sedikit sebanyak mula sedar yg tujuan aku dijauhkan daripada kehendak aku dan permintaan, adalah mungkin Allah mahu selamatkan aku dari perkara bukan-bukan yg bukan sahaja membahayakn diri aku malah mungkin membuat aku derita seumur hidup. Alhamdulillah semua yg terbaik telah direncanakan oleh Allah. Aku harus tabah menunggunya kerana aku tahu yg terbaik menanti aku di hadapan ;)

Hari ini aku tekad, taknak bermalas-malsan.. Semua perkara yg tak patut aku tahu dan dah aku tahu, aku anggap pengajaran terbesar yg Allah ingin aku tahu agar dibuat iktibar. Aku tidak mahu menghukum kerana aku tahu tak semua manusia sempurna. Kemungkinan suatu hari nant aku akan jadi seperti mereka amatlah besar. Jadi aku hanya mampu mengetahui semua itu dan tekad untuk menjaga diri sendiri daripada terjerumus sama. InsyaAllah. Semoga Allah melindungi aku.

Esok masih tidak pasti keadaannya. Yang mampu aku buat sekarang adalah berusaha bersungguh-sungguh buat yg terbaik untuk hari ini..

Ikhlas yg mengharapkan keredhaanMu (hD_28/12/2011)

Our Timeline

Daisypath Friendship tickers