Prince iL NEVER LOVES Princess hD forever and ever ..

Tuesday 2 August 2011

Waiting for you

Mimpi apa tah tadi..Tapi yang pasti mimpi tu telah mengejutkan aku dari lena tidur. Selesai je solat isyak selepas berbuka puasa tadi, aku rasa tak tahan sgt dah nak tidur. First day puasa, rasa ok..Not bad..tenang je..Walaupun cuaca panas tengahari dan petang tadi, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa buatkan aku rasa selesa berjalan walaupun terkena bahang matahari untuk ke kelas. Cakap pasal mimpi tadi, sebenarnya aku baru je terjaga dari tidur setelah penat menunggu buah hatiku iL membalas msg. Mesti dia tertidur keletihan first day puasa. Setelah puas misscall tapi tiada balasan, aku pun apa lagi bagai org mengantuk disorongkan bantal jugaklah memandang aku pun rasa sgt mengantuk dah.

Ntahlah, aku rasa tanpa dapat balasan msg dari dia, rasa macam sesuatu hilang dalam hidup aku. I mean sesuatu yg belum selesai. Macam buat kerja bertangguh, macam tulah perasaan dia. Bila dia, tak msg aku mudahlah aku terjaga di tengah-tengah malam dan terus check hp. Hampa. Kosong. Takde pun kotak empat segi kat skrin telefon aku (msg dia). Aku rindu sangat dia di saat ini. Ntah, hubungan aku dan dia pelik. Tak seperti normal couple yang lain. Aku dan dia tak pernah berhubung suara. Yang menghubungkan aku dan dia sekarang ni adalah blog ni, fb, ym, email dan segunung sms. Boleh cakap sms tu akan terhenti bila salah seorang daripada kami tidur je. Tu jelah. Tapi aku sgt berharap that one fine day, I will have the opportunity to meet him.

Semoga suatu hari nanti kita akan bertemu ea dear.. I wish we would be together till the end of our life.
May Allah bless our relationship because I love you so much.

Truly, madly and deeply: hD 2.46a.m

Our Timeline

Daisypath Friendship tickers