Prince iL NEVER LOVES Princess hD forever and ever ..

Wednesday 21 December 2011

Cerah hanya seketika..

Tiada apa sangat nak luah kat sini. Hanya terkilan dan sedih dengan situasi yg melanda jiwa kebelakangan ini.. Kejap sahaja nampak matahari, baru nak gembira, dah matahari nak lari, hujan datang beserta petir berdentum-dentum..Masa matahari datang menceriakan aku itu, aku rasa bahagia sangat.. Hanya tuhan je yg tahu bertapa bahagianya aku 2 hari lepas.. Matahari seakan mengerti bagaimana aku dambakan kehangatannya setelah sedikit lama sentiasa berhujan dan mendung..Tapi......

Aku hairan kenapa matahari harus memberikan cahayanya dalam keadaan yg dilindungi awan..Masih mahu menyorok disebalik awan tapi tidak rela memberikan terus cahayanya yang panas cukup untuk menjauhkan aku dari kesejukan seorang diri..Mungkin matahari masih belum bersedia..Masih belum besedia berpisah dengan awan, lantas memilih memberikan cahanya samar-samar buat aku yg begitu dambakanya..

Bila keadaan jadi begitu, aku mula ditemani hujan dan petir kembali..Sejuk dan dingin sangat apabila keseorangan.. Matahari sedarkah betapa aku memerlukannya.. Aku rasa matahari tak pernah sedar atau mungkin kalau dia sedar sekali pun, aku rasa dia memilih untuk tidak memberi kehangatan yang jitu kepadaku.. Awan lebih berusaha melindungi kudrat matahari untuk menyinari aku.. Lantas pokok hadir bertanya sama ada aku mahu berteduh di bawahnya..Walaupun pokok itu nyaman dan redup, aku teringin sangat matahari kerana aku sudah biasa disinari matahari..Aku rasa lebih selesa dan hangat dengan sinaran yg matahari berikan itu tapi bukan teduh yg menyamankan dari pokok..Maafkan aku pokok..

Tapi setelah aku hampir putus asa melihat matahari makin lama makin enggan menyinari aku, ditambah pula awan yg makin lama makin menebal menghalang matahari memberi sinarannya kepadaku, semangatku kembali runtuh..Aku terduduk, sepi, sejuk dan hujan renyai semakin rajin mendampingi aku.. Masa tulah aku terpandang pokok. Betapa seriusnya pokok memerhatikan aku cuba memberitahu aku yang ia mampu menyamankan aku walaupun tidak sehangat matahari.. Aku hanya terdiam bisu kerana aku tau pokok itu memang menyamankan tapi aku tak tahu kenapa matahari lebih aku dambakan.. Walaupun panas, matahari lebih mampu memberikan aku semangat dan aku amat memerlukan semangat itu..Sebab itulah aku lebih memerlukan matahari..

Namun, keadaan sejuk yg melampau-lampau, tempias air hujan yg kedinginan jatuh mencurah-curah membuatkan aku sedar, betapa matahari tidak mahu menghangatkan aku lagi seperti dulu.. Dulu matahari cakap, dia sanggup lakukan apa sahaja demi aku..Aku sungguh terharu.. Tapi sekarang mungkin semuanya hanya kata-kata yg hanya lahir di bibir tapi bukan di hati matahari.

Pokok...mungkinkah aku harus belajar mengharapkan mu?........

To be continued...

(luahan hati seorang yg sepi- hD 21/12/2011-Rabu di kala hujan menemani pagi)

Our Timeline

Daisypath Friendship tickers