Prince iL NEVER LOVES Princess hD forever and ever ..

Tuesday 6 December 2011

Cerita semalam

Sebenarnya tengah tunggu azan nak bebuka puasa tadi..Alhamdulillah dah pun siap berbuka..Makan homemade burger yg aku masak ptg tadi b4 dtg kelas (masuk hari ni dah 2 jari dah terkena minyak panas-lazat berkrim rasa. lepas ni leh goreng terus jari tu) and sata manis yg teramat beli depan bank kul 2 lebey tadi sebab kesian kat budak tu duk beri salam suh beli satar and kuih dia.. Kesian pulak tengok budak2 yang kecik2 lagi dah bersusah payah berhujan panas, naik basikal tunggu depan bank mengharapkan org yg baru keluar dari bank untuk beli apa yg dijualnya.. Aku salute ah ngan budak macam tu sebab tak kisah malu untuk membantu keluarga.. Skank musim cuti sekolah, kalau budak2 lain sebok pergi bercuti bersama keluarga atau bermalas-malasan kat rumah main psp, surf internet, tgk tv etc tapi budak tu sanggup menjaja kuih yg dimasak emaknya demi membantu keluarga..(bertuahnya kalau dapat anak macam tu)

Back to my story, harini aku keja sampai malam.. Emphh sesorang je duk kat ofis ni..sesorang je buka pose tadi.. cakap pasal sesorang ni, aku teringat 2 hari lepas di mana aku balik malam jugak..sampai satu lorong gelap tu dari jauh aku nampak satu kelibat berjalan2 atas jalan sambil tangan terhoyong kedepan dan kebelakang..dalam pikiran cuak jugak..so aku gerak je perlahan2 dengan kereta menghampirinya.. bila smakin dekat kereta aku dgn kelibat tuh, smkain jelaslah kelihatan, rupanya manusia.. yg aku hairan , dia ni nak mati ke apa sebabnya berjalan2 dalam gelap agak ke tengah jalan..Tak ke bahaya kalau ada kereta laju sebabnya lampu jalan takde so penglihatan agak terhad.

Then bila diperhatikan dari belakang, cara laki tu jalan agak macam budak down syndrom sket, so aku pun usha lah muka dia sebab takutlah ada budak down syndrom terlepas dari rumah dan berjalan2 tanpa arah tuju..Kebetulan bila aku dah sampai tempat laki tu berjalan, memang dah sampai simpang so aku terpaksa berhentikan keretalah sebab nak tengok kiri n kanan untuk ke kanan..alangkah terkejutnya aku, laki tu bukanlah seorang budak down syndrom macam yg aku sangkakan, tapi seorang yg sudah agak berumur, mempunyai ketinggian sederhana dan berbadan gempal.. Yang menakutkan aku, dia pandang aku balik dengan renungan yg tajam dan betapa berdebarnya aku takutlah dia buat apa2 sebab dia betul2 ada kat tepi kereta aku. Bila mata bertemu mata, dengan renungan yg tajam bagai mahu menerkam bila2, cepat2 aku paling ke kanan pura2 melihat kereta dari arah kanan. Berdoa cepatlah jalan clear agar aku dapat menyeberang dengan cepat. Sebab cara dia tengok tu sgt mengerikan..huhuhu..Alhamdulillah akhirnya jalan clear then aku tinggalkan cepat2 laki tuh ketakutan..

Bila jadi menda2 macam aku citekan kat atas, aku startlah rasa sedih apa bagai sebab aku takde seseorang untuk aku mengadu.. Yelah aku dah memang azali dari kecik lagi boleh kata hidup berdikari sketlah..Tak pernah pun nak luah kat parents tentang masalah aku sendri bahkan tak suka share story aku kan depa.. seteruk mana problem tu, aku akan setelkan dulu without mengadu unless aku dah tak tau nak setel macammana then baru aku mengadu kat parents aku..Aku pun hairan nape.. Aku macam lebih suka ceritakan dekat org yg aku rasa ada connection.. Ada rasa something n sayang.. Bila aku cakap macam ni bukan bermakna aku tak syg parents aku. Aku sayanggg.. Tapi tulah maybe dari kecik aku bukan jenis yg suka mengadu kat parents menda2 kecik so benda tu terbawa2 sampai besar compared tu kawan yg aku lihat hari2 dia telefon mak dia ngadu setiap apa yg dia buat.. Kadang2 aku terpikir, teruknya aku ni.. Patutnya aku jadi macam kawan aku, telefon mak hari2 bagitau itu ini.. Tapi tulah, tak pernah pula rasa best nak mengadu itu ini kat mak or ayah hari2 sebab aku ni jenis yg reserved sket.. Huhuhu..

Berbalik pada mengadu tadi, aku biasanya akan ngadu kat org yg mengadu kat aku jugak hal dia.. Kalau ada bf, biasa bf lahtempat aku mengadu.. Dulu yelah ada.. Skank tak de dahhh ;( so aku just boleh luahkan kat blog ni.. Luckily blog ni wujud..Sambil luahkan, sambil aku menangis sorang2.. Bukan apa, tapi teringat sebab skank dah kehilangan seseorang untu mengadu n tempat berkongsi suka n duka.. Dah takde org nak comfortkan aku dah skank ni.. Semuanya aku simpan sendri..Nangis2 sendri sampai bengkak mata.. Bila keesokkannya mata siap sampai pedih gara2 nangis.. Tapi takpelah at least aku lega..Dengan menangis tu mungkin stress aku akan hilang so takdelah aku jadi gila tak tentu pasal kan..

Dengan munculnya seorang laki yg baru2 ni claim suka aku, membuatkan aku naik menyampah pun ada sebab aku rasa nape laki ni perangai bangang sgt.. Yelah kenal pun tidak apa bagai dah ngade2 luahkan perasaan suka apa bagai.. Menyampah gila aku ngan laki macam tu.. Dulu aku percaya maybe patut memberi ruang suka itu untuk dipupuk menjadi cinta sejati tapi skank aku lebih bersikap hati2.. Serik terkena.. Kadang aku terpikir, nak je ikut rentak laki tu..layankan je..padan muka, gedik bodoh sgt ngan aku..Tapi pikir punya pikir rasa berdosa plak mainkan perasaan org tapi persoalannya sape mainkan sape? kalau aku bg peluang nant mana nak tau perkara sama akan berulang kembali dan yg sedih n sengsaranya sape?? aku jugak..so nak slamt aku selesa berkawan je dengan dia.. Kalau ada jodoh tak kemana kan walaupun dia memang terpesong jauh dari ciri2 lelaki idaman aku-merokok, ada adab tapi mencarut kuat, takde keja tetap, cemburu kuat, panas baran etc..

Emphh klah setakat ni jelah dulu aku nak luahkan kat sini..Nanti2 lau aku ada nak cite lagi aku sambung..Sekian..

Can't focus..

Tdo awal smalam.. Penat sgt.. Terjaga dalam kul 2 lebih ingat nak sambung buat kerja.. Tapi as usual I can't focus.. Keep on thinking about u...Susah betul..Kalau lah ada pemadam atau pencuci otak nak sgt dua menda alah tu..tak sanggup dah rasa asyik terkenang2, teringat2.. Naik benci ngan diri sendri pun ada.. At last aku ended up tgk gamba2 dia satu persatu.. Dah bape jam tah aku tilik, perhati apa yg kurang, apa yg lain, apa yg berbeza.. Macam2 bermain di pikiran aku sampai jam dah menunjukkan pukul 4.36 pagi. Aku rasa kalau aku buat kerja dah lama siap..Tapi tulah.. Ntah apa2 je.. Rasa macam bangang apa tah aku ni nak kenang org yg tak ingat aku pun.. Bahkan sikit pun tak rindu aku..Kesian kan org gila bayang ni siap nak nanges2 apa bagai di pagi hari ni..memang sadis tahap gaban.. Kadang2 aku terpiker, apa yg membuatkan kita sygkan seseorang ye? Apa yg membuatkan kita rindu seseorang ye? Nape susah sgt kita nak lupakan org? kan senang jadi sesetengah org yg macam " player ". tukar pasangan sesuka hati..sayang org tu syg org ni.. kan sng jadi cam diorang..Semua sapu..Aku ingat aku kan betullah kata dia.. Patutlah dia pernah remind aku dulu supaya " jangan terlampau sayangkan sgt seseorang sebab once org tuh tinggalkan kita, kita takkan terasa sgt".. Agaknya betullah apa kata dia tuh.. Dia sbnarnya dah bagi reminder aku awal2. Aku je bodoh tak dgr cakap dia n buat tak endah sebab ingat n yakin dia takkan tinggalkan aku.. Now I know, setiap kata2 yg diluahkan tu adalah satu peringatan yg patut aku amik peduli..

Semua tu dah berlalu actually, aku dah janji nak hidup sendri kan?? Aku patut tabah.. Macam dia kata " pretend nothing is wrong, put aside everything"... Aku kena ingat, kadang2 bila kita menghampiri kebahgiaan. Allah uji kita dengan kesedihan. Tapi jangan pertikaikan kenapa sebabnya Allah dah rencanakan sesuatu yang jauh lagi baik daripada apa yg kita anggap bahgia tu.. Semoga aku sabar, sabar menanti kebahagiaan hakiki yg Allah akan berikan kepadaku.. Semoga aku tenang menanti hari esok. Semoga luka smalam mengajar aku erti "hati-hati" dalam kehidupan dan semoga esok akan hadir dan membawa aku erti hidup yg ceria dan mampu membuat aku tersenyum bahagia....

That's all for now.. (^_^)

Our Timeline

Daisypath Friendship tickers